Tuesday, October 5, 2010

Mengharukan

Lama bebeno rasanya tak menconteng kat dinding blog y x cun ni. sudah ketandusan masa kononye. sedangkan duduk berteleku atas kerusi menghadap sebuah objek petak ni sepanjang masa dari jam 8 pg hingga 5 petang. tapi masa itu katanya tetap tandus. kering.
udah pueh memotivasikan diri utk menaip. tapi tetap terpacaknyer penyakit malas. cerita hidup jadi sia-sia jika penyakit malas itu ada. bagaimana mahu lenyapnya? sekarang aku kuburkan dia di pusara sementara. ku tanam bersama doa2 semoga penyakit itu diam selamanya. sungguh terganggu aku kerana penyakit itu mengganggu. aduhh..

kembali aku bercerita tentang tajuk di atas.
Mengharukan.
Punca bicara pada sang ketua keluarga. perasaan yang muncul bernama 'terharu'.
aku terharu kerana terhasilnya sebuah laman coret bingkisan hati si ketua keluarga bercerita tentang si hero permata. kisah mereka sangat manis utk dipotretkan buat tatapan umum. tapi buat aku, kisah mereka berdua adalah kisah aku.
cerita ketua keluarga sangat luar biasa hebatnya. hingga air di alir di mata turut turun jatuh ke muka pipi akibat dek hati si ketua keluarga sedang berbicara. ku sangka bilau berupa teguh umpama besi, tapi hati dihuni taman yang indah mekar. sudah kukenal dia lama begitu. hiasan hidupanya penuh dengan rama-rama dan sutera-sutera yang berterbangan.

aku terharu membaca coretan mu. ku kimpal sekali dengan sekalung doa semoga dikau berjaya mendidik si hero permata kita. aku percaya kau adalah tiang paling teguh utk aku dan si hero permata kita bersandar.

Monday, May 31, 2010

Reminder!!!

Aisyhhh...bertenang aku sendirian dalam library nih.aman.very peaceful.ni lah namanya kebahagiaan dunia.biasenye kejadian seperti ini berlaku hanya seketika atau sedetik cuma. aku kena hargainya dengan menconteng sedikit story kt blog aku y sunyi nih.

Cite pasal manusia. hurmm... Manusia y makin bijak dalam menyusun bahasa. y makin berani meluahkan rasa. sudah dewasa katanya.

Apa makna bijak kalo hukum tuhan pon x paham. apa makna pemikiran terbuka kalo ideologi agama ditolak tepi. iNi la manusia akhir zaman.

kisahnye, bile bekerja kuat dan bersemangat, dinasihatkannye jgn kerja kuat sgt. bile ada hati nak membantu org, dinasihatkannya jgn ikut sgt, takut nnt dipijak kepala. hehehe..ayooo..aku kena ikut nasihat ni..utk kebaikan aku di dunia. tp....

skali aku terbaca benda ni da...
what we’re looking for is blessings from Allah SWT, not from those people who only knows how to judge people but they did not try to help us to be better or at least try to improve themselves first.

korang tahu apa y aku rase setelah baca benda ni..rase nk berpikir balik, adakah nasihat tu hanya memberi kebahagiaan ketika aku hidup atas muka bumi ni je atau akan tetap rasa kenikmatannye setelah aku begelar arwah? hurmmm...x mungkin sampai surga..kalo dh gitu..hahahaha..

so, pada kengkawan y nk berjuang, silakan teruskan perjuangan anda..

People are often unreasonable, illogical and self centered;
Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of selfish, ulterior motives;
Be kind anyway.
If you are successful, you will win some false friends and some true enemies;
Succeed anyway.
If you are honest and frank, people may cheat you;
Be honest and frank anyway.
What you spend years building, someone could destroy overnight;
Build anyway.
If you find serenity and happiness, they may be jealous;
Be happy anyway.
The good you do today, people will often forget tomorrow;
Do good anyway.
Give the world the best you have, and it may never be enough;
Give the world the best you’ve got anyway.
You see, in the final analysis, it is between you and your God;
It was never between you and them anyway.

Sunday, March 21, 2010

House Warming!!!

Perghh..Alhamdulilah, selesai 1 chapter y brtajuk house warming. buat pertama kalinya, aku jemput sedara mara berkenduri kendara skali ngan tahlil di rumah comei ku ini. tu pon bkn semua dpt dtg, tp padat gak la rmh aku nih.
for the 1st time aku merasa camne cara nk menganjurkan kenduri di rmh sdri. ishk. kelam kabut seh. sib baik ada mak ngan abah n adik beradik serta ipor duai y dtg membantu. kalo nk harap aku ngan hubby, alamatnyer mkn nasi grg jer la para tetamu y dtg.
nak kata aku sibuk sgt time tu x jugak, sbb aku lg kelam kabut ngan si hero aku y sorg nih. idlan hamzah beraksi spt xcited menyambut tetamu. sepanjang hari dia xmo tdo. dh tu pulak asyik brtukor2 tangan jer. apa lagi, syok tahap gaban la dia. tapi bler semua org dh letih nk ngangkat dia, dia xmo baring plk..haru btol.
menu pd hari tu, x de la mewah benor. al kisahnya bkn aku y msk..aku upah org lain y msk.al-maklumlah, rmh aku xde periuk besor y blh masak utk 50 orang..huhu..munasabah x alasan aku? hahaha!
selesai mkn nasi, abg ipor aku ngan hubby aku wat operasi char kue tiow stall..ush..pelanggan berator tunggu giliran nk mkn char kue tiow..deme x kenyang mkn nasi la gamaknyer..sian..
sampai ke ptg gak la aku sibuk melayan tetamu. penatnya usah dikira, tp sonoknya juga x trkira..alhamdulilah..semua brjalan dgn lancar..

aku harap semua org dpt brkongsi kegembiraan ngan aku..doa-doa la semoga rezeki kami makin murah di hari-hari mendatang..

p/s buat member2, korang nk dtg anytime pon blh..

Tuesday, March 9, 2010

KeagunganMu..

Cak!!!
Update blog macam buah kelapa hanyut di sungai Perak..tenggelam timbul..camne nak buat, dah aku bz memanjang..niat di hati tu nak naip berjela2, tapi masa y menentukan segalanya.
Sekarang ni aku tengah bz mengemas rumah. almaklumlah, aku baru melalui satu proses penghijrahan dari Puncak Jalil ke Meru. Penat toksah nak cerita. walaupun dah hampir 3 minggu aku duduk di rumah baru ni tapi masih belum abis berkemas..nak kata barang bnyk sgt, xde la. tp tiap2 hari aku x puas hati dengan kedudukan susun atur barang2 dlm rumah nih..tambahan lagi aku ada tanggungjawab lain iaitu menjaga super hero aku y sorang ni.

Idlan Hamzah sekarang dh berumur 3 bulan lebeh. Alhamdulilah, dia semakin membesor dan sihat. sekarang berat dia dh 6.1 kilo. hantap bebenor. kalo aku ngendong dia
lima belas minit pon dh blh kebas urat tangan nih.

dia udah makin hari makin bijak..dh kurang menangis..dh pandai ketawa, dh pandai tengok tv, dh pandai menggapai bintang, dh pandai menyembang..dan sekarang, aku juga dh belajar utk mengurus masa dgn baik. penting sgt pengurusan masa ketika anak still baby lg. kalo x, jgn harap la kita blh msk, jemur baju, tgk tv, main FB dan memblog cam skrg. hehe.. jaga baby ni mmg mencabar dan penuh pancaroba bkn pancasitara..huhu..first skali aku train idlan hamzah time mandi, tidor n minum susu. nampaknye dia mmg punctual dan memahami apa objektif yang ingin aku sampaikan.

ni time table aku dan idlan hamzah

8.00 pg ; idlan hamzah bangun tidor, memain, bwk jejalan kt luar tgk birdy ngan doggy
9.00 pg ; mandi (aku siap air sebesen, baju, susu, bedak sejuk serta buaian)
10.00 pg ; tidor (aku blh msk nasi, basuh baju, sidai baju, kemas rumah)
12.00 tgh ; bangun tidor, nyusu, memain, nengok tv
2.00 ptg ; tidor balik.

4.00 ptg ; bangun tidor, nyusu, memain, nengok tv
6.00 ptg ; mandi
7.00 ptg ; tidor2 ayam sebab nk maghrib
8.00 mlm ; tidor dgn lena skali (aku blh kemas rumah lg)
10.00 mlm ; nyusu
4.00 pg ; nyusu

8.00 pg ; bangun..

dan begitulah seterusnya rotate sehingga dia menukar jadual tidornya dgn sdri.

alamak, dia dh jaga..aku stop lu..da~~

Thursday, February 4, 2010

New Life New Way

Waaahh..berhabuk dah blog aku nih.siap bersawang-sawang lagi.satu kerja pulak nak bersihkannyer.semua nampak dull n kelam je.al maklumlah lama aku brcuti drpd corat coret kt tempat ni.kekadang rase rindu gak nk update kisah-kisah selama aku bercuti drpd memblog nih.bnyk cerita y aku nk story kt blog aku y tercenta ni.tp apa kan daya, cempedak goreng pon sodap.aku agak kesibukan sejak 2 menjak ni.ish.langsung xde masa nk ngadap blog aku ni.tp kalo FB tu boleh je.tu pon nasib baik sebab FB blh surf guna hp je.sesambil berehat blh on9.huhu

Hurmm..aku blom prepare nak cerita ttg apa. y aku tgh giler skrg, nk sapu2 ngan lap2 sket blog aku ni..kpd kengkawan y rindu nk baca kisah aku (mcm la aku ada peminat..huhu) tunggu je la episod y akan datang.bercupak-cupak aku nk story terutama experience aku melahirkan seorang khalifah Allah..

Stop lu..Da~

Thursday, October 29, 2009

Kejadian di Daporku..

Nyaman sekali pagi ni..Angin brtiup sepoi-sepoi bahasa.Nak ujan gamaknyer.Memandangkan musim tengkujuh hampir tiba, aku rase cam brdebor-debor pulak. Huhu..Ngape ye? Owh..itu adalah disebabkan rumahku penah dimasuki ayor y telah menyebabkan aku kerugian sebakul ubi kentang..siap kena anto dobi segala karpet ngan toto..sape kata dok bandor xde banjir? huh...kisah tu amat trkesan buat aku ngan hubby..cam fobia lak kalo nengok hujan lebat mencurah2..tp xpe..tu semua dugaan..pasni kitaorg akan lebeh berhati-hati dan x singgah kedai game utk beli game PS2..huhu..rmh banjir pon sempat lg nyinggah sana sini..sib baik ade jiran y prihatin..

tu serba sedikit pengalaman ngeri aku. ektuali, aku nk cite tentang............

ketam masak lemak cili api

aku teringin benor makan ketam msk lemak ni sejak si mama mirul tu menimbulkan menu y depa makan sekeluarga pada hari selasa aritu. sah aku trbayang-bayang kelazatan ketam tu. lama dh aku x mkn ketam. al maklum je la, hubby aku ni ala-ala org darat sket. dia allergic ngan makanan laut. huhu..dats why, kdg2 jer kedengaran aku masak ketam ngan sotong..tp pelik gak ikan blh lak dia mkn..xpe, nt aku nk try msk kuda laut plk..mana tau sesuai ngan selera dia..

al kisahnya smlm aku pon mulakan xtvt masak memasak..semangat waja btol..balik2 opis terus readykan brg2 nk wat gulai lemak nih..memandangkan daun kunyit y aku tanam asyil gol je, aku singgah la kedai belakang rmh beli sehelai daun kunyit..x pueh hati tol, nape daun kunyit y aku tanam asyik mati je? nape? nape? tiap2 hari aku siram. layu gak.sampai hubby aku siap ckp, "dah la tu. y pergi tetap pergi". tp aku masih tetap berharap.

then, aku suh hubby aku petik setangkai serai di belakang rmh..dan beliau turut membantu aku menumbuk cili api serta kunyit idop..sambil menitik serai y sudah dipetiknya..brdegang brdegung rmh aku mlm smlm..sib baik la ade hero sorang ni..xde la penat nor aku nk ngangkat lesung batu tu..huhu..tu y aku suspek ngan hubby aku, kalo mintak tlg, pastinya dihulurkan pertolongan. tp kalo x mintak, haram dia nk paham-paham sendiri..huhu..trngumpat pulak..xpe pas smayang nnt, izza mintak mahap ek. (",)

last skali lepas struggle, akhirnya masakan aku siap sepenuhnya..aku dh savekan ikan grg skali utk hubby aku..takan dia mkn kuah x brlauk lak kan..huhu..idakle zalim benor aku ni..dan kitaorg pon menikmati masak lemak ketam brserta ikan grg pada malam itu..suasana sunyi seketika....huuuuuuu....hanya kedengaran bunyi krup krap krup krap, aku menggigit ketam utk mengeluarkan isinya..semangkuk tu aku abiskan sorang je..puas sungguh hati aku..kebahagiaan jelas kelihatan..

Itulah dia dinamakan kepuasan diri sendiri y x dpt dirasai oleh org lain..kepuasan menyediakan makanan utk suami tercinta serta kepuasan menikmati nikmat rezeki y Allah limpahkan kepada kami sekeluarga..Alhamdulilah..