Tuesday, May 12, 2009

Keciknyer Dia...

Aku jumpa ni time aku surf internet. Benda ni betol2 menyentuh hati sesiapa yang baca. tak kira la samada dia sudah bergelar ibu atau belum. kat ctu ada cerita ttg perkembangan dari minggu keempat lagi. kalau sesapa nak tengok boleh la p lawat http://ratuhati.com/

Monday, May 11, 2009

Hujung Minggu Di Pinggiran Ibu Kota

Petang Ahad yang membosankan. Begitulah perasaanku sejak bergelar penganggur bertauliah ni. Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang begitu panas, teriknya sampai masuk ke rumah.
Selesai solat Zohor, tetiba idea menerpa untuk mengajak2 ayam hubby ku pergi jalan-jalan. Ke manakah arah tujunya? tadi Hubby ku dh bg cadangan yang agak suam-suam kuku gitu. Dia nak ajak p KLCC. Huarghhhh!!! Tragisnya biler pegi shopping complex time takde pitih ni. huhu.
akal aku ligat berfikir mana tempat yang mendamaikan dan perlukan perbelanjaan yang ngam2 je.

Hurmm.. tiba-tiba lintasan idea utk bersantai di air terjun. Cun gak idea ni. Aku pon segera menyatakan hasrat yang terbuku kepada driver ku yang sedang masyuk modified kepala enjin ketanya. dan dia memberi respon yang semestinya positif. sememangnya dia tak pernah mengecewakan aku. huahua. kitaorang pon bersiap-siap la.

Dalam perjalanan, aku sempat menelefon mak yang ade kt kg. nak wish mothers day kononnyer. mak aku berkata "dah pukul 3 baru nak wish ke? kamu lupa ler tu" beliau menambah lagi "wish je ke? bagi la keta ke rumah ke, barang kemas ke?" aku pula berkata "banyak cantek. lain tahun la" huhu. aku bgtau kat mak y aku on the way nak gi air terjun. mak aku sempat bagi little kaunseling supaya jgn selalu sangat pegi tmpt2 gitu, ia amat bahaya utk ibu mengandung spt aku. walaupun begitu mak tetap tahu, aku ni hati kering dan berjiwa ganas. mak aku dan aku mmg begitu. walaupun hubungan y sempoi2 gitu, aku tetap hormat kt dia. dia adalah the besh mom in the world. I love u cikgu norul!!!!

sambungan cite tadi, dengan menggunakan sistem google maps yang dibangga-banggakan oleh Hubby ku, akhirnya kami berjumpa jgk dgn papan tanda sungai congkak. makin kembang la hidung Hubby ku. ramainyer orang. jmpa je tmpat lepak, kitaorang pon ngap la. juadahnya laksa ngan rojak buah y dibeli di tepi jalan.

aku ni baru la ada selera nk makan. suasana yang aman damai gitu dengan bunyi unggas rimba dan deruan air sungai..abis ngap, kitaorang pon p la beredam. sejuknyer......
lagipun aku ni risau gak, teringat lak kaunseling mak aku tadi. huhu..aku pon tak gerak bnyk2, dok bertenggek atas batu je sambil mata memandang orang tengah bercintan cintun. apo nak jadi la donia?
puas berendam, pulanglah kami ke rumah. takat sejam jer blh tahan. ketaq beb..

aku menikmati keenakan laksa penang. nyum..nyum..
hubby ku menikmati rojak buah. google maps....

aku umpama batu bertenggek di alam kayangan...

Friday, May 8, 2009

MAIN-MAIN

[LAST??]
Last phone call
:: HUBBY KU
Last text msg
:: HUBBY KU TENTANG GRG PISANG
Last time cried
:: BARU JAP TADI TENTANG KENA MARAH

[HAVE YOU EVER??]
Date someone twice
:: ENGGAK
Been cheated
:: PENAH LA
Kiss someone and regretted it
:: TAKDA MAKNANYA
Lost someone special
:: YES

[IN THE PAST MONTH]
Fallen out of love
:: MANA ADA CHANCE DAH
Laughed until you cried
:: ADE, TGK CERITA TWO AND A HALF MAN
Met someone who change your life
:: NO LA

Found out someone was talking about you
:: NTAH. DOK RUMAH 24 JAM. TAK TERSEDAK PON. MAKNANYA TAKDE ORG NGATA
How many people on your top friends do you know in real life?
:: HURM.. BELUM SEPENUHNYA
How many kids do you want to have?
:: CUBA DULU SATU
Do you have any pets?
:: TAKDA KEINGINAN

Do you want to change your name?
:: TAKDE SEBAB. LAINLAH HUBBY KU YANG ADA BANYAK NAMA
What time did you wake up today?
:: 6.30, TUNAIKAN KEWAJIPAN DULU
What were you doing at midnight last night?
:: WAH!!! ADA RAHSIA
Name something you cannot wait for?
:: MY LITTLE BABY BORN
Last time you see your father?
:: MINGGU LEPAS, BLK KG
What’s one thing you wish could change?
:: CARIK KERJA
Have you ever talk to a person named Tom?
:: SAPEKAH DIA TOM? TOM TOM BAK PENAH LA
What getting on your nerves right now?
:: BOSAN DOK RUMAH

Hair color
:: HITAM PEKAT
Long or short
:: KIRA LONG JGK LA
Want kids
:: YUPS.
Want to get married
:: ALREDI
Career in mind
:: PENJUAL DVD PIRATE

[HAVE YOU EVER???]
Kiss a stranger
:: MANA MUNGKIN
Lost glasses/contacts
:: TAK PAKAI PON
Ran away from home
:: TAKMO. RUMAH ADA ASTRO
Broken someone’s heart
:: ADA KOT. TAK SEDOR
Been arrested
:: TIDAK. P BALAI BUAT LAPORAN PENAH LA

Cried when someone died
:: SUDAH SEMESTINYA
Is there any person you want to be with right now?
:: YEAH. MAFIA WARS
Do you believe in God?
:: PASTINYA. AKU NI KAN MAKHLUKNYA. APA PUNYA SOKLAN LA.

Thursday, May 7, 2009

Duhai Baby...

Aku tak dapat gambarkan betapa gembiranya suami aku apabila dia tahu yang aku dah pregnant.
Aku pon tak penah tengok dia asyik senyum sampai telinga.
Dia betol-betol happy agaknya.

Aku pulak? Happy? Yups. Mestilah aku happy. Tapi dalam masa yang sama aku agak risau dan takut tentang tanggungjawab yang bakal aku hadapi kelak.

Aku tengok orang lain pregnant, nampak macam senang jer. Tapi ada gak kisah duka yang aku dengar. Tu yang membuatkan aku bimbang. Tambah-tambah lagi, ni anak sulung. Orang kata 1st time ni perlu jagaan rapi. Adakah aku pentingkan diri sendiri sebab aku tak reti nak amik tau.

Yang aku tau makan vitamin yang doktor bagi. Mak aku pulak asyik push aku supaya kalo aku nak makan apa-apa ajer musti ingat pada baby. Jangan fikir diri sendiri. Makan kena khasiat.

Aku bersyukur gak la sebab walaupun dah dekat 8 minggu aku preggy ni, aku xde alah yang melapaui batas nilai-nilai kemanusian. Muntah? Ada sekali jer tu. tu pun sebab makan laju sangat. Huhu. Kalau takat loya tu, aku lebih suka tak layan sangat dan cpt-cpt buh bam rimau kat hidung. Itu yang jd teman baik aku semenjak aku preggy ni. Siang malam, bam rimau tu la y akan jd penyelamat aku. Sampai kadang-kadang aku penah lumur kat seluruh muka aku disebabkan aku tak tahan bau rumah aku sendiri.

Tu pun satu alah yang pelik sungguh. Bau rumah sendiri pon tak boleh. Kalau dah keluar, xmau nak masuk. Aku rasa macam ada suatu bau yang agak menjengkelkan. Last2 aku beli perfume yang otomatik tu. Kat kedai, aku cium wangi, tp sampai rmh, lain plk baunya. Ish...Tak bersyukur ke aku ni? huhu

Aku harap masa-masa akan datang, xde masalah y akan timbul. Kalau boleh impian aku nak jd mummy pada seorang anak y soleh. Tp aku soleh x? Huhu.. Mummy kena jd soleh dulu la ek. Apa-apa pun, aku berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Yang penting jangan derhaka ngan suami sebab semuanya adalah kerana keredhaannya. dan... InsyaAllah, aku redha menjadi isterinya...

Wednesday, May 6, 2009

Santai

Suatu petang yang agak sunyi kat rumah aku. Tanpa tupai dan burung-burung menjadi teman.
Aku kembali mengimbau kenangan.
Suatu ketika aku bergembira bersama rakan-rakan serumah 15-8.

K'atie yang sering mencuba resepi baru pada wajahnya. K'an yang rajin menghabiskan masa di bilik sambil mengira jari kakinya. Siti Hanim yang gemar memeluk bantal di atas katil sambil mendengar stereonya. Nurasilah yang x abis-abis menonton tv sambil ketawa mengilai-ngilai. Nor Shuhuda yang sering lena di bilik gelapnya dan apabila time makan, muncul la ia. Mereka mewarnai kisah hidupku. Mereka juga hadir pada waktu suka dan duka.

Walaupun kadang kala susah dimengerti, tapi bukanlah pada suatu tempoh yang panjang. Ketawa akan kembali bertaut. Selang seli dengan umpat mengata. Topik berkisar tentang kehidupan MySL atau kadang-kadang ke luar merentasi dinding batu.

Kedukaan tak pernah menjadi satu beban kerna di situ wujudnya ketawa dan senyuman.

Steambot, kek batik, spegeti, McD, masakan cafe dengan tapauware masing-masing mewarnai lagi kecerian 15-8.

Aku doakan agar kalian semua memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.