Monday, August 24, 2009

Bukan itu sebenarnya


Bukan itu sebenarnya
yang aku mahu

Bukan itu sebenarnya
yang aku impi

Bukan itu sebenarnya
yang aku duga

Bukan itu sebenarnya
yang aku damba

Bukan itu sebenarnya
yang aku mahu

Bukan itu sebenarnya
yang aku cita

Bukan itu
Bukan itu
Bukan itu

Tapi itu yang sedang aku terima

Itu yang sedang aku turuti

Itu yang sedang aku tangisi

Itu jugalah yang sedang aku jalani

Moga aku tidak sesal
Moga aku tidak kecewa
Moga aku tidak berundur
Moga aku tidak jatuh
Moga aku tidak kalah

Kerana syurga ku tempatnya di situ

Thursday, August 13, 2009

Taraaaaa!!!

Onyang berwajah baru. Lebih ceria dan bahagia.
Post sebelum balik rumah. Esok kita tengok apa lagi yang boleh diupgrade.

Monday, August 10, 2009

Di Balik Cermim Mimpi




Wahai kipas.Pantas benar kamu brpusing.Kadang angin terarah ke barat.Kadang bayu bertiup ke timur.Kadang ribut melanda kusut.Kipas lagi dan lagi.Hingga terbuka butang baju mu.Lihat kudis menanah di badan.Hingga kulit terkupas.Hati hitam berulat.Kipas kuat lagi wahai kipas.Biar mulut ternganga dengan angin musibah.Kipas jangan berhenti mengipas.Sehingga mati kipas terus mengipas.Kipas angin mu merata-rata.Kipas berusaha hingga berjaya.Barat kipas laju.Timur makin laju.Mana angin kuat.Itulah kipas mengipas laju.Mana angin sepoi.Itulah kipas masih mengipas.Hingga satu masa.Bilah kipas patah.Ibarat mulut celupar makan si nanah berbisa.Itulah nasib si kipas.

Kutujukan lagu ini untuk kipas...

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi

Wednesday, August 5, 2009

Mari Kita Lalalala ~~~~

Monday, August 3, 2009

Monday Blues ~~

Permulaan hari yang begitu mengantukkan.Waaaaa.Rase cam nk peluk bantal busuk je.Ape hal la aku ngantuk gler pagi ni? Jam baru kul 10.30 pagi. Ish. Lama lg nk kul 6.30 ni.
Nk bukak internet pon xde mood, nak wat keje apatah lg. Keje makin menimbun tp aku ni rase cam malas benor nk wat.Aku dah bosan gamaknya dgn keje ni.Hurmmm...
Aku ni kekurangan tido mungkin.layan jap lagu
kisah seorang biduan,dgn harapan mata aku x tertutup.
Semalam, hari minggu y paling bz wat aku dr pg sampai le pabila larut malam..syuap..syuap..rmh aku tlh didatangi beberapa orang yang memang amat aku kenali.ahaks.itulah dia rakan hubby aku y paling dia sayangi.huhu.
aku telah berusaha dgn keras utk menyediakan santapan. apakah yang aku msk? reti ke aku msk? aha!! rajin ke aku msk? bnyk bnor soklan dalam hati ini. tp dgn hati yang rela utk menjalankan tanggungjawab sbgai seorang isteri mithali, aku pon go on la with my hubby idea. aku wat makanan y telah meninggalkan kenangan manis aku bersama rakan-rakan seperjuangan aku di 15-8. dh lama kita x mkn spageti ramai-ramai kan shu, anim, ila, k'ati n k'an...hurmmm.. :'(
Aku hidangkan spegeti ala-ala kampung sg batu pd rerakan hubby aku. ahaks. deme kata sedap, tp aku x caya sgt..hukhuk..riso gak aku kot2 blk rmh kang trkena cirit birit plk. tp alhamdulilah..spegeti aku laris..pandai gak aku budget ek. aku kagum ngan diri aku sdri.wakhahahaha..
rupanya xtvt diorang ni bukannya abis takat gitu je..pas mkn ptg tu, depa blh plak merancang nk p shoping kat ikea..ush..aku ni pantang larang benor dgr perkataan ikea.suka bnor nengok furniture kt ctu.nk beli, rega murah benor.x main la brg murah2 ni.huahuahua.
padahal mata aku ni dh x larat nk bukak dh.tp gagah jgk la nk ngekor ke ikea.pusing-pusing.jalan-jalan.toleh sana.toleh sini.beg troli tu pon akhirnya penuh jugak.waduhhhh...cannot happen..sape y penuhkan troli ni?sape?sape?y tolak troli hubby aku, y pegang brg2 adalah aku berasam adik ipor aku. oh..rupanya kami jugaklah y penuhkan troli ini..x sedor plk..huhuuhu..nasib baik kitaorg amik brg2 yang mahal2 je..jd x terasa sgt la paid amount tu..
sampai rmh dh dkt kul 12..waaaaaaaa...dh overnight nih..badan aku dh hoyong hayang dh..xde hati dh nk nengok brg2 y aku shoping td.hubby aku lak trlalu teruja utk memasang meja y amat hitam itu. "ikut mu la b..",aku berkata di dalam hati. aku hanya mampu tlg tengok je. tp sampai siap gak la aku tlg tengok. akhirnya rmh aku ada coffee table. walupun aku x suka minum kopi..huhu
hurm...ttba si kenit kt dlm ni plk dok menghadiri kelas tinju tgh2 mlm.aku baring kiri kanan terlentang.aku suh dia sambung kelas sok pagi je.
dkt kul 2 gak la br mata aku pejam. tu yang pg ni aku jd x berapa blh nk bukak mata.mata...mata..mata..
stop dulu la..nk karaoke plak..da~~