Saturday, January 24, 2009

Mereka Tak Bernyawa

Kepada : Cicit Onyang

Thanks pada blog INCIK coz onyang jumpa 'http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/' di dalamnya.

Dalam banyak-banyak pic yang diletakkan di situ, onyang rasakan ada 1 pic yang mengusik kalbu.

Ntah kenapa onyang rasa begitu tragis bila tengok budak kecik yang tak mengerti apa-apa menangis di hadapan insan yang tak bernyawa. Mungkin itu abangnya yang selalu bermain aci ligan bersama, abangnya yang selalu memarahinya dan kemudian memujuknya dengan gula-gula. Mungkin tak bernyawa itu abangnya yang selalu buat si kecik itu menangis. Dan onyang rasakan pic tu adalah kali terakhir abangnya buat si kecik itu menangis untuk selama-lamanya.

Ish. Tak paham la.
Kenapa? Bagaimana? Mengapa? Semua ni boleh terjadi ke atas umat Nabi Muhammad akhir zaman.

Boikot, hantar ubat, hantar makanan, sembahyang hajat, ucapan doa, fwd email, fwd sms, bakar bendera, berarak depan kedutaan, itu cara kita menentang yahudi.

Tapi onyang x berapa pasti, antara semua orang yang buat perkara-perkara itu, rasanya berapa ramai yang tak bangun untuk solat subuh, yang tak pergi sembahyang jumaat, yang tak pernah tolak makan rasuah, yang makan tak baca Bismillah?

Onyang harap cicit semua ingatkanlah onyang yang dah nyanyuk ni.

Kita bukan bin atau binti hanya pada nama je. Ada makna tu..

Yang terusik,
Onyang

Sayang Ahmad

Friday, January 23, 2009

Assalamualaikum

ASSALAMUALAIKUM

11.23 pagi.
Masih panjang Jumaat onyang.
Masih jauh kaki onyang kena menapak.
Masih lama mata onyang kena melihat.

Hari Jumaat yang paling indah buat onyang.
Coz, petang nanti, onyang boleh tengok Astro. InsyaAllah. Kalau diizinkan.

Hari Jumaat yang paling sakit buat onyang.
Coz, pagi tadi, perut onyang buat hal sendiri. Tak mengikut perintah!
Onyang menanggung kesakitan berat seberat dua buah lori anak siput. Siput tul!

"SAKIT buat kita makin dekat dengan DIA"
"SAKIT buat kita makin sedar kita bukan SIAPA"

Sebenarnya,
SAKIT buat kita makin tambah pahala*
*tu pun kalau kita terima dengan senyuman
SAKIT buat kita makin jauh dengan DIA*
*kalau kita tak henti-henti maki memaki

Awas cicit sekalian!
Hati-hati dengan KESAKITAN yang melanda kamu.
SAKIT itu boleh membawa maut kepada akal, jiwa dan hati kamu.

Sayang Ahmad

Cendawan Goreng Untuk Atok


Untuk tatapan cicit onyang.
Onyang sudah bergelar pegawai dapur baru.
Onyang ada dapur, tong gas, peti ais, bekas bawang, pisau, senduk, kuali. Semuanya baru.
Onyang kena kerja keras untuk memajukan dapur onyang.

1st dish onyang masak semalam adalah cendawan goreng untuk atok.
Atok suka makan cendawan goreng.
Onyang gumbira bila atok gumbira. Yipiey!

Sayang Ahmad

ONYANG KAWEN SUDAH




Onyang berbaju merah itu sedang berjoget kegembiran kerana telah berjaya menjadi pembantu pegawai khidmat pelanggan.







Atok yang addict cendawan goreng!



Sayang Ahmad

Thursday, January 22, 2009

Pada Hari Ini

Kepada : Cicit onyang

Salam semua cicit onyang.

Onyang nama tiada. Suara tiada. Gigi pun tiada.

Onyang hidup lama. Hidup onyang belum kiamat.

Ni 2nd blog onyang. Blog 1st, onyang dah tanam hidup-hidup. Perginya sebuah kitab kehidupan.

Itulah..onyang ni belom ada pendirian. Onyang berdiri boleh. Berjalan boleh. Berlari boleh. Bergusti lagi boleh. Tapi hati onyang sudah reput. Rambut onyang sudah gugur. Kulit onyang sudah kedut.
Makin hari, makin onyang gerun. Gerun pada sejarah kisah onyang.

Ada yang gembira, ada yang berduka.
Onyang mahu hidup 1000 tahun lagi untuk membina empayar sejarah yang agung.
Yang benar,

Onyang

Sayang Ahmad