Saturday, January 24, 2009

Mereka Tak Bernyawa

Kepada : Cicit Onyang

Thanks pada blog INCIK coz onyang jumpa 'http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/' di dalamnya.

Dalam banyak-banyak pic yang diletakkan di situ, onyang rasakan ada 1 pic yang mengusik kalbu.

Ntah kenapa onyang rasa begitu tragis bila tengok budak kecik yang tak mengerti apa-apa menangis di hadapan insan yang tak bernyawa. Mungkin itu abangnya yang selalu bermain aci ligan bersama, abangnya yang selalu memarahinya dan kemudian memujuknya dengan gula-gula. Mungkin tak bernyawa itu abangnya yang selalu buat si kecik itu menangis. Dan onyang rasakan pic tu adalah kali terakhir abangnya buat si kecik itu menangis untuk selama-lamanya.

Ish. Tak paham la.
Kenapa? Bagaimana? Mengapa? Semua ni boleh terjadi ke atas umat Nabi Muhammad akhir zaman.

Boikot, hantar ubat, hantar makanan, sembahyang hajat, ucapan doa, fwd email, fwd sms, bakar bendera, berarak depan kedutaan, itu cara kita menentang yahudi.

Tapi onyang x berapa pasti, antara semua orang yang buat perkara-perkara itu, rasanya berapa ramai yang tak bangun untuk solat subuh, yang tak pergi sembahyang jumaat, yang tak pernah tolak makan rasuah, yang makan tak baca Bismillah?

Onyang harap cicit semua ingatkanlah onyang yang dah nyanyuk ni.

Kita bukan bin atau binti hanya pada nama je. Ada makna tu..

Yang terusik,
Onyang

Sayang Ahmad

0 Komen:

Post a Comment