Wednesday, April 15, 2009

Photo Scape Vs Photoshop




Saturday, April 11, 2009

Layan...



Fikirkan tentang masa depan...
Nak watpe lepas nih? Hurmmm....

Nak carik kayu..nak carik kayu..


Friday, April 10, 2009

Doaku Yang Panjang - 2

Sambungan..

Malam itu, usai sahaja menyempurnakan sembahyang Isyak, Mak Lang melaung memanggil Arissa ke ceruk dapur untuk membantunya menyiapkan santapan malam Pak Lang sekeluar
ga. Dari dalam bilik, Arissa terdengar rasukan batuk Pak Lang semakin menjadi-jadi. Tabah sungguh insan tua itu mendayung sampan saban pagi bagi mendapatkan sesuap nasi untuk keluarga. Bukan anak-anaknya tidak pernah melarang Pak Lang ke laut, habis seluruh keluarga dan rakan-rakan yang sebaya menasihatinya. Ada yang ingin mengajaknya mengusahakan tanaman cili. Tapi semuanya ditolak mentah-mentah. Seakan tiada apa yang boleh memisahkan dirinya dengan Laut Selat Melaka itu.

“Laut itu adalah hidup mati aku. Kalau aku mampu hidup denga
n laut, biar aku terus di situ” alasan yang sama dipulangkan oleh Pak Lang apabila anaknya, Rahim menyatakan hasrat untuk membawa Pak Lang dan Mak Lang tinggal dengannya di pekan Kuala Selangor. Mak Lang tiada kuasa untuk membantah keputusan Pak Lang. Bagi Mak Lang, sejak dia bergelar isteri kepada Pak Lang, dosa pahalanya adalah terhitung di sebalik hormatnya pada si suami.

“Malam ni kamu nak makan lauk apa, Risa?” soal Mak Lang apabila melihat Arissa muncul di muka pintu dapur. Arissa hanya tersenyum melihat Mak Lang. Masakan dia lupa dengan keenakkan gulai lemak cili api yang sering diceritakan oleh Mak Lang setiap kali Arissa menelefon bertanya kh
abar. Kecur air liurnya apabila membayangkan kelazatan gulai yang dicurah di atas nasi yang masih panas.

“Hari ni Mak Lang kamu masak istimewa,” suara Pak Lang tiba-tiba kedengaran dari belakang langsir. Batuknya masih tidak lekang.

“Pak Lang dah tahu Mak Lang nak masak apa?” aku bertanya
kembali kepada Pak Lang. Pak Lang kelihatan tersenyum. Garis tua di wajahnya telah kelihatan nyata sekali mungkin kerana usianya yang telah menganjak 70 tahun. “Terlalu tua untuk mendayung sampan,” getus Arissa di dalam hati. Pak Lang berlalu ke depan rumah tanpa memberikan jawapan terhadap soalan Arissa sebentar tadi.

Arissa mendekati Mak Lang yang sedang leka mengacau gulai di atas dapur. Dapur dua tungku itu masih utuh sejak mula berkhidmat lima tahun dulu. Ketika itu cuti semester, Arissa pulang ke Kampung Pari melawat Pak Lang dan Mak Lang. Hajat di hati untuk bercuti seminggu d
ua, mencari si sahabat yang setia untuk memohon ampun. Tapi mungkin takdir belum merestui, keyakinan yang digarap sebelum pulang ke kampung, luluh begitu sahaja. Sepanjang cuti Arissa duduk bermonolog di rumah. Beraninya bukan pada ketika itu. Mungkin lima tahun akan datang akan muncul kembali keyakinannya. Kini, lima tahun sudah berlalu. Arissa pulang ke Kampung Pari dengan matlmat yang sama, tak berubah dek kerana masa atau usia. Keberaniannya kali ini bukan olok-olok.

“Aku pasti akan menemui Affan,” ledakan suara hati Arissa makin membuak-buak. Tiba-tiba Arissa tersentak. Rindunya pada senyuman Affan sudah terubat senja tadi.

“Ya Allah, semoga dia akan memaafkan segala kesalahanku,” doa Arissa tak pernah putus.

Hidangan istimewa Mak Lang pada malam itu cukup untuk menutup segala kerisauan Arissa sepanjang perjalanan pulang ke kampung petang tadi. Gulai lemak cili api itu kembali menjuarai carta makanan kegemaran Arissa. Dia kini sudah mengatur gerak langkah satu persatu bagi memastikan matlamatnya untuk menguraikan ikatan kusut antara dia dan Affan akan tercapai.

“Esok pagi aku akan menemui Affan,” janji Arissa di dalam hati sebelum dia melabuhkan tirai sehariannya. Bukan sebarangan janji Arissa. Affan yang sedang duduk di serambi rumahnya turut tersentak seolah-olah dia dapat merasai tekad Arissa yang sungguh luar biasa itu.

Affan memandang ke langit. Coretan hatinya sering dikhabarkan kepada langit. Hari ini dia mengukir satu lukisan kegembiraan pada sang bulan. Duduknya kini lebih kejap mengadap laut. Terimbau kembali nada-nada nasyid di waktu zaman persekolahannya. Bait-baik rentak itu masih segar dalam
ingatan, terus berdendang umpama ombak menghempas pantai tanpa jemu.

Seindah sedamai pantai melambai gemalai,
Begitulah hati merindu kasih yang padu,
Bagaikan pepasir basah disimbah lautan,
Begitulah perjuangan ini biar basah dengan iman dan ukhwah.

“Ukhwah kita termaktub dalam arkib kehidupan kita berdua, Arissa. Mungkin a
da hikmahnya kita bertemu kembali setelah sepuluh tahun aku menanti,” Affan meleret kata. Hatinya tidak merajuk malah lebih memujuk dengan kekuasaan Allah yang menjadikan alam ini dipenuhi dengan suka duka. Dia percaya, kegembiraan dan penderitaan yang dialami sepanjang kedewasaan ini telah mewarnakan lagi kehidupannya.

“Dengan adanya kedukaan, manusia akan lebih menghargai kegembiraan
”, itu yang selalu didengar melalui salah seorang sahabatnya yang kini bergelar ustaz.

Pejamnya malam ini berteman bulan dan bintang. Affan lena di serambi menunggu subuh. Esok, dia akan terus menanti Arissa untuk menjalin kembali keikhlasan sebuah persahabatan y
ang dulunya sepi tanpa damai.



Hepi Malacca!!


Aku telah selamat menjalankan tanggungjawab aku sebagai wartawan di MYSL DC
Kisah aku melawat kota Melaka, Kota Sejarah ni diabadikan..

Ala..xdak pulak gambo makan kt Umbai..ushkk...Memang sedap & lazat ikan bakor.
Thanks pada member Hubby aku yg blanja kitaorang makan sehingga senak.
Nak p lagi...hurmm...