Wednesday, June 17, 2009

APE ke halnyer?

Hari ini apa murid-murid? Hari ini hari Rabu cikgu!!
Pejam celik, pejam celik, dh sampai ari rabu. Rasenyer baru smlm ari sabtu dan ahad berlalu.huhu.elok pon cpt masa brjalan. aku just suka tggu ari sabtu ngan ahad je. time tu adalah waktu y paling meriah dlm hidup aku. blh berehat sepuas-puasnya.
pala otak aku semenjak 2 menjak ni asyik mikior pasal game The Sims 2 y aku dok ralit main di kala mlm menjelma. time opis, x blh nk main. blk rmh aku pulun main sampai aku trlupakan hubby ku y keseorangan.sib baik gak la dia ada teman bernama youtube.kdg2 aku dgr dia ketawa sensorang, tu maknanya dia ok la tu.huhu.
la ni aku kesihatan aku ditahap kadang ok kadang idak. aku skrg mengalami masalah dgn sistem pembentungan serta sistem tulang temulang.saban ari aku berusaha utk mengunyah mkn y brserat bnyk cam buah-buahan ngan beskot2.bese la time skrg ni, dh 3 bln lebih ni, sistem pencernaan dlm badan aku ade gerak lmbt sket, tu disebabkan hormon pe ntah, tu y aku baca.aku redha je, tp usaha gak la supaya x seksa sgt.huhu
lg satu, kdg2 aku rase cam opah @ onyang sbb apa? ha, sbb aku sakit pinggang. ush. nk bangun pon kena guna bantuan tangan. aku konpius gak, rase cam perut x berat lg. tp bila aku check dlm internet n membaca maklumat, br aku tau, bnyk proses y sedang brlaku dlm perut aku ni. pembesaran baby n kawasan empayar baby jgk semakin membesar. tambah2 aku 1st time mengandung, terasa senak gak la nk tahan sakit pinggang ni. tp x pe, semua tu ujian ye dak?
y pastinya aku x rase trbeban pon..kerana apa ye?ye karena aku ada assistant y amat brhati mulia dan sudi brkerja 24 jam utk aku. hubby aku lah y jd tukang basuh pinggan, tukang urut, tukang beli mkanan, segala tukang lg la dia wat utk aku. dia mmg powerful dan full of energy.aku kagum dgn semangat kekentalan y ada pd dia. walupun kdg2 aku rase serba salah gak, tp nk wat camne aku dh abis tenaga sbb nk tahan sakit pinggang nih..alasan je tu..huhu..
hurm...bnyk menaip pon menyebabkan aku sakit belakang. renti dulu la..da~~

Monday, June 15, 2009

GENTAR


Laluan ku yang terakhir kalinya


Jagaku untuk yang terakhir

Menerima siang yang sempurna

Menyambut nafasku dengan sinar

Hanya untuk terakhir kalinya


Pagi ini, redha ku pada janji

Luah rasa tak mampu berlagu lagi

Hanya irama kesunyian menemani

Puncak duka hampir penghujung


Kata hati menyentuh simpati

Jika aku ada mimpi, bermimpilah sekarang

Jika aku ada harapan, tunaikanlah sekarang

Jika aku punya tenaga, berdirilah sekarang

Jika aku punya masa, berdetiklah sekarang

Kerana aku tak akan punya dua kehidupan


Laluanku makin sepi

Hitungan waktu bukan lagi cerita utama

Akurku pada tali janji sang pencipta

Kemaafan dari hati untuk mereka

Perjuangan ku di sini sudah selesai

Relaku pada permulaan langkah yang baru

Ke dunia yang berbeza dari waktu dan tawa


Khabarkan aku berita gembira wahai rakan

Andai kita bertemu lagi di tanah hakiki

Ucapkan aku kalimah doa seusai aku melangkah pergi

Ke laluanku yang terakhirnya kalinya

AIR KETUM? NEW to ME...


**PETIKAN AKHBAR**

(Bernama) -- Kerajaan telahpun menyerahkan kertas cadangan kepada Pejabat Peguam Negara bagi meminda akta agar daun ketum disenaraikan sebagai dadah berbahaya dan kesalahan menjual daun ketum ataupun airnya sama seperti mengedar dadah.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom berkata selama ini kesalahan berkaitan daun ketum diletakkan di bawah akta racun yang memperuntukkan hukuman ringan.

"Kerajaan bersedia meminda akta yang sedia ada terhadap kesalahan memiliki daun ketum daripada akta racun kepada akta dadah berbahaya," katanya semasa berucap merasmikan program Belia Benci Dadah di Kampung Keda Wang Tepus dekat sini hari ini.

Beliau berkata masyarakat kini bimbang dengan penyalahgunaan bahan yang mempunyai kesan sama dengan dadah seperti menghidu gam dan meminum air daun ketum di kalangan remaja serta belia.

Mohd Johari berkata air rebusan daun ketum boleh menjejaskan sistem saraf pusat manusia dan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana mengandungi "mitraginin" yang tahap ketagihannya sama dengan morfin.

"Ini bermakna nanti, kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang meminum air daun ketum sama seperti penyalahgunaan dadah dan menjual air daun ketum sama seperti mengedar dadah," katanya lagi.

Pokok ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagih kerana kandungan mitragininnya.

Mitraginin disenaraikan dalam Jadual Ketiga Racun Ordinan Racun 1952 Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989, dengan itu pokok ketum diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Sebelum ini, daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, selain rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan merawat sakit belakang.

Bagaimanapun air rebusan daun ketum disalahgunakan dan dijual secara meluas kepada pengguna biasa terutama di kalangan remaja.

Pokok ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.

Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom manakala di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom dan nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

**PETIKAN WIKIPEDIA**

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan penagihan daun Ketum

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)

  • Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  • sengal-sengal sendi
  • mudah marah
  • lemah untuk bekerja

Friday, June 5, 2009

APA KABO BABY MAMA??

26th of May 2009, A little entity had found moving in my womb...
here u are my cute little baby..

hari tu merupakan hari y menghepikan skali dalam idop aku dan juga hubby kepada ku..sebenornya aku tak sabor-sabor nak tgk perkembangan baby kt dlm ni. al maklum la aku ni 1st time ngandung, riso memanjang berselang seli dgn perasaan hepi.

setelah kandunganku 11 minggu, kami pon mengorak langkah ke peringkat y seterusnya iaitu menuju ke klinik Qistina di Sri Kembangan..aku ngan Hubby dah buat keputusan utk wat monthly checkup di klinik Qistina ni sbb doktor ia baik lg penyayang n condition kt ctu kira tenang gak la..

aku pon mula berdebar-debar time doktor wat scan..kerana ia situasi y sgt mencemaskan bg aku dan hubby..mana taknya, pengalaman pertama la katakan..

jeng..jeng..
carik pnya carik, akhirnya, tu dia........

my little baby inside..sedang beristerehat nampaknya...aku tgk hubby aku diam seketika..terkesima kot..aku plk nk nangis je rasenyer. doc pon mengurut-ngurut perut aku, aishhhh...kami nmpk tangan ngan kakinya tgh mengeliat-liat..jari-jari halus pon dh ada..Ya Allah...cumelnyer...dia seakan-akan berenang-renang dlm perut ni..Hubby aku mula tak dok diam..dia percaya y baby tu tgh dok brsilat dlm perut aku ni..kami nmpk degupan jantung dia. cam x caya je.. alhamdulilah, baby membesar dgn baik dan degupan jantung dia pon normal. aku x henti-henti brsyukur.. dan x sabo nak main ngan baby...huhu.. lama lg daaa mau tggu.. semoga baby membesar dgn sihat ye syg..lets have fun together!!