Friday, February 27, 2009

B'COZ IM DEAF

Sorry guys
I cant hear you
I'm deaf

Forget bout the big but
Forget bout the shape of hand
Forget bout the shit of mumbling

Stop it
Dis way is so hard
I need to change
To the new irratating world


ROTI TELUR GARLIC

Bahan-bahan :-

Roti
Telur
Garlic atau Bawang Putih
Cili Padi
Garam

Cara Membuat :-

1. Garlic & Cili Padi ditumbuk hingga lumat.
2. Pecahkan telur
3. Campurkan garlic, cili padi dan secubit garam ke dalam telur tadi.
4. Pukul telur tadi.
5. Amik roti, celup dalam telur.
6. Lepas celup, masuk dalam kuali. Kuali yang ada api dan marjerin skit.
7. Goreng sampai masak telur.
8. Makanlah.

Sekian. My breakfast for today

Thursday, February 26, 2009

SIAPAKAH ORANG KAMPUNG ULU CERUK?

Bagaimana kita boleh mengenali Orang Kampung yang terlalu kampung? Ciri-cirinya adalah seperti berikut :-

1. Beliau berasal dari kampung. Atau kalau beliau duduk di bandar sekalipun, bau badan beliau tetap bau kekampungan.

2. Suka memikirkan tentang harta pusaka dan pembahagian tanah. Nonsence btol. Nak harta, keja la woi!

3. Suka letak baju merata-rata. Minum milo tak reti cuci cawan. Kampung giler perangai.

4. Bau mulut macam bau longkang atau erti kata lain suka mengumpat dan buat cerita.

5. Suka kepoh tak tentu pasal.

6. Suka menyibuk hal orang lain.

7. Suka bercerita benda-benda ala kekampungan. Contohnya, "Rantai emas aku ni emas 916."

8. Pakai cantik-cantik ataupun jangok2 bila keluar town. Kalahkan beruk makyeh. Pakai eyeshadow p pasar borong. Ahaks.

9. Merempit tak tentu pasal. Konon nak berhijrah datang dari kampung, carik keja. Tapi habuk lagi ada value drpd depa ni dol.

10. Suka buat havoc tiba-tiba. Menjerit-jerit di perhentian bas.

11. Buat-buat pandai. Tapi sebenarnya haprak. Cakap nak besor aja.

12. Suka nyanyi lagu omputih tapi sebenornya tak paham maksud.

Cukuplah setakat ini. Sekian, terima kasih. Kalau ada lagi, later sambung.


Monday, February 23, 2009

BERUBAH RUPA

Kawan-kawan, onyang nak luaskan skill.

Onyang dah bukak blog y lain yang namanya juga lain.

lawat la onyang di || hujanpetang.wordpress.com ||

Tuesday, February 17, 2009

Proton EXORA

Onyang rasa cam syok je tgk latest MPV Proton nih. Adakah dia milik onyang 1 hari nanti. Ahaks. Keta idaman onyang adalah kancil jer..

Wednesday, February 11, 2009

JANGAN TANYA WHY YOUR MOM CRY...

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa."

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah."

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak."

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi."

"Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."

Tuesday, February 10, 2009

Cik Dek

Cik Dek! Mengapa kau kemetot? Kau sungguh comel sekali pada hari ini dengan tudung periuk bewarna kelabu asap itu.
Tapi mengapa wajahmu kulihat seperti menahan kentut? Sabarlah Cik Dek dengan onar kentutmu itu.

Cik Dek! Kau murka dengan aku kah? Kau murka kerana kau menahan kentut sedangkan aku ketawa sambil mengentut-ngentut.
Cik Dek! Jangan murka lagi. Hidup kita penuh emosi.
Pagi yang indah, kau perlu hadapi dengan senyuman.

Bawa pergi jauh kentut-kentut mu.
Tuhan sudah beri kau pagi yang indah ini. Kau tak bersyukur? Cik Dek! mari dekatku. Kau akan kenal aku yang suka ketawa dan kentut ini.

Kau kena belajar untuk senyum. Tarik kiri dan kanan hujung mulutmu ke atas, kembangkan sedikit hidungmu. Nah, senyumlah!
Cik Dek! Jangan menahan kentutmu lagi. Usah kau anggap kentut itu buat kau menangis. Kerana aku akan turut sama ketawa jika kau menangis.

Kau tau, betapa huduh mukamu. Jangan huduhkan lagi dengan menahan kentutmu. Nanti kau tak kahwin sampai ke mati.
Tak perlu kentut kuat-kuat. Cukuplah sekadar nyaringnya kau dengan sendiri.
Keh..keh..keh..

SAYANG AHMAD


Wednesday, February 4, 2009

Nak ngumpat

Berdirinya saya di sini adalah dengan titah Raja Rimba yang ingin semua makhluk alam supaya menyediakan payung sebelum hujan. Saya adalah pembantu tadbir bagi kementerian dalam negeri kawasan rimba selanjur.
Mana-mana binatang yang masih belum mendaftar bagi agihan makanan dikehendaki segera ke kaunter yang ada nun jauh di sana. Anda semua akan dilayan oleh sekawan landak.

Sebenarnya Raja Rimba berititah supaya binatang semua jangan risau dan menangis kerana para sukarelawan dari negara blub blub akan membantu kita dalam misi menyelamatkan rimba selanjur.

Awas! Jangan sesiapa binatang pun yang ingkar dengan arahan Raja Rimba. Nanti padahnya akan terkena hingga 17 keturunan. Bukan 7 tapi 17. Bahana api terbakar di sekeliling mulut dan hidung menjadi terlalu kembang. Itulah daulat yang biasa Raja Rimba anugerahkan kepada binatang yang engkar. ada yang lain-lain daulat, tapi jarang-jarang sebab kosnya agak mahal sikit.

Sekian, terima kasih semua.

Tuesday, February 3, 2009

PRE-HONEYMOON

Thanks to my beloved ATOK yang telah memberi peluang kepada onyang mengenali geng ahli kongsi gelap exmaahadian. Onyang gumbira kerana mereka menyambut ketibaan onyang dan ATOK dengan lawak pe benda ntah yang 1 sen pon x paham.
itulah 1st time onyang join reunion sekolah ATOK walaupun ada segelintir rakan kongsi, onyang dah kenal tapi onyang tetap malu-malu biawak gak dengan depa. maklumlah, wife depa versi maahad jugak. tapi setelah mengenali hati budi, kira depa amatlah sempoi sekali.
Onyang ni kira wife yang paling muda iaitu 84 tahun. memandangkan depa dah ada yang 100 tahun lebeh2, onyang kaget sket.






Barisan kongsi gelap exmaahadian sebelum pergi menuju puncak.






ATOK & Onyang berada di dalam ayaq yang amat deras sekali.




SAYANG AHMAD