Wednesday, February 4, 2009

Nak ngumpat

Berdirinya saya di sini adalah dengan titah Raja Rimba yang ingin semua makhluk alam supaya menyediakan payung sebelum hujan. Saya adalah pembantu tadbir bagi kementerian dalam negeri kawasan rimba selanjur.
Mana-mana binatang yang masih belum mendaftar bagi agihan makanan dikehendaki segera ke kaunter yang ada nun jauh di sana. Anda semua akan dilayan oleh sekawan landak.

Sebenarnya Raja Rimba berititah supaya binatang semua jangan risau dan menangis kerana para sukarelawan dari negara blub blub akan membantu kita dalam misi menyelamatkan rimba selanjur.

Awas! Jangan sesiapa binatang pun yang ingkar dengan arahan Raja Rimba. Nanti padahnya akan terkena hingga 17 keturunan. Bukan 7 tapi 17. Bahana api terbakar di sekeliling mulut dan hidung menjadi terlalu kembang. Itulah daulat yang biasa Raja Rimba anugerahkan kepada binatang yang engkar. ada yang lain-lain daulat, tapi jarang-jarang sebab kosnya agak mahal sikit.

Sekian, terima kasih semua.

0 Komen:

Post a Comment