Monday, March 30, 2009

Hang Your Head On The Wall!!


Please help me to hang their head on the wall.
Potong! Potong! Potong!
Jangan tak potong!
Potong tangan! Potong kaki! Potong kepala!
Potong letrik! Potong air! Potong line tepon! Potong line internet!

2 weeks! REVENGE!!!

Wednesday, March 25, 2009

Doaku Yang Panjang - 1


Tiga batang pohon kelapa berdiri sebaris itu masih meliuk lentok mengikut tiupan angin. Tunduknya pada pencipta, kadang sujudnya hingga daun mencecah pasir. Dinding batu itu masih teguh berdiri. Walaupun biruannya telah kelihatan luntur dek panahan mentari dan rintik-rintik hujan, tapi ia masih tetap mampu mengimbau beribu kenangan yang telah dititip dalam kehidupan seorang gadis bertudung litup itu.

Hembusan angin laut membuatkan hati Arissa terpaku pada keindahan maha pencipta. Matahari yang gagah di waktu siang kini mula akur pada undang-undang sang bumi yang meminta disimbahi cahaya bulan. Dia berdiri tepat menghadap ke laut yang luas terbentang. Di belakangnya tinggal sisa kenangan Sekolah Kampung Pari. Arissa kini sedang menghitung degup jantungnya sendiri. Masih belum berhenti berdegup. Terima kasih wahai Tuhan. Panjat syukurnya pada belahan langit merah itu.

“Awak masih sudi menjenguk sekolah kita, Arissa,” tiba-tiba suatu suara menyekat lamunannya. Arissa kenal benar suara itu tetapi dia tidak segera berpaling. Degup jantungnya berhenti seketika dan kemudiannya bertukar laju. Pandangannya turut beralih nun jauh kepada si nelayan yang sedang mendayung sampan menuju ke tepi pantai. Tak mungkin dia berani mengadap insan bunian yang tiba-tiba muncul di belakangnya setelah sepuluh tahun dia meninggalkannya tanpa khabar berita.

“Awak dah tak sudi memandang saya, Arissa? Atau awak juga seperti yang lain tak sudi berkawan dengan nelayan seperti saya ni?” suara itu seakan-akan membentak. Mungkin menyangka sapaannya tadi tidak mendapat respon yang baik dari Arissa.

Arissa berpaling, memandang seketika lelaki yang empunya suara tadi. Kemudian tunduk memandang butiran halus pasir putih di pantai itu. Malunya pada Affan tidak tertanggung lagi walaupun rindunya kembali bertaut. Dihempas rindunya pada kulit kerang yang betul-betul berteleku di hujung jari kakinya.

Affan menguntum senyuman. Dia faham benar dengan perangai Arissa yang kadang-kadang malu tak bertempat itu. Jalinan persahabat seawal musim kanak-kanak lagi telah menjadikan mereka berdua rapat bukan sahaja pada zahirnya tapi hati dan jiwa mereka turut sama melingkar sebuah tali ukhwah yang maha hebat.

“Maafkan aku Affan,” detik hati Arissa yang masih belum berani mengangkat kepala. Affan masih berdiri tegap di situ. Kadang-kadang matanya mencuri pandang tangan Arissa yang sedang menggengam erat sebuah buku dalam dakapannya. Penciptaku Adalah Dia, tajuk buku yang mungkin sedang dibaca oleh Arissa sebelum dia tiba di gigi pantai tadi.

Menduga bahawa Arissa masih belum bersedia berjumpa dengannya, Affan segera mengatur langkah perlahan meninggalkan Arissa. Arissa masih berdiri kaku membiarkan ombak menyentuh kakinya. Kulit kerang tadi telah tiada. Pulangnya kepada laut atau berubah ke tempat lain menanti sang bulan membawa khabar berita.

“Maafkan aku, Affan. Aku amat merinduimu. Aku kepingin sekali menyambung semula persahabatan kita,” Arissa mula menyusun kata. Rentak hatinya kecewa melihat Affan berlalu tanpa menoleh.

“Maghrib dah ni. Jangan berdiri kat situ lagi. Sang Kelembai ada. Kita akan berjumpa lagi, jika awak sudah bersedia,” teriak Affan dari kejauhan. Suara sayup-sayup itu mendendangkan kembali irama kegembiraan di hati Arissa. Bibir Arissa menguntum senyuman. Affan yang ringkas berkain pelikat dan berbaju Melayu membalas senyuman itu walaupun suatu ketika dulu dia pernah menangis kerana kehebatan senyuman wanita itu.

“Maha Esa, Tuhanku. Jangan kau bawa dia pergi dariku lagi.” Affan sempat menitip doa sebelum menyambung derap langkahnya menuju surau di hujung pantai itu. Seketika kemudian, kedengaran laungan azan maghrib memecah keheningan senja.

Arissa sekali lagi melemparkan pandangan ke tengah lautan yang kelihatan merah menyala akibat lantunan sang mentari itu. Cukup tenang setenang jiwanya yang sedang melirik bait-bait Azan yang sedang mendayu itu. Mengingatkan dia tak sepatutnya masih berdiri di situ, Arissa segera mengatur langkah untuk pulang ke rumah Pak Lang yang terletak beberapa meter dari tempatnya berdiri. Affan telah hilang sejenak dari benak fikirannya.

Monday, March 16, 2009

XTVT HARI SABTU



aku semakin obses ngan keta buruk yang tarik tayar belakang

ni hanyalah sekadar xtvt sampingan jer..buat menggembirakan Hubby aku, aku sanggup
meredah ribut taupan yang amat dasat pada masa itu untuk melihat
keta-keta buruk ni berpusing-pusing.
tahniah pada keta kaler purple yang asyik2 tidak berjaya wat drift.
lebih baik bakor je keta tu.


yang sebenornye...

aku telah menghadiri bengkel kraftangan anjuran belia..tapi motif sebenar aku berada kat situ
aku sendiri pun tak tau sebab keje aku gunting, tampal dan gam tisu kat tin susu.

tapi hasilnya agak cun jugaklah.


ni hasil ahli kumpulan aku yang amat mengagumkan..


ni hasil aku yang ala-ala meriah party gitu..


dan akhirnya esok harinya aku malas nak datang dah..


Thursday, March 12, 2009

NO TITLE


LIFE IS SO HARD!!


HATI
kuatlah kamu
HATI
teguhlah kamu
HATI
hiduplah kamu
HATI
waspadalah kamu
HATI
redhalah kamu
HATI
berjuanglah kamu
HATI
ikhlaslah kamu
...............................................
HATI
jangan mati
HATI
jangan alpa
HATI
jangan menangis
HATI
jangan undur
HATI
jangan berhenti
.............................................
HATI
aku tak bisa memujukmu
HATI
aku biarkan engkau menangis
kerana
esok bukan seperti semalam

MAAFKAN AKU WAHAI HATI
.........................................................

Wednesday, March 11, 2009

SAUJANAKU...


SAUJANA. Ni la my fav kumpulan nasyid time sekolah dulu. Album Saujana, Saujana 2, Kembara Cinta, Rahsia aku ada..wat collection tapi bila aku start masuk kolej, aku berubah hati pulak pada kumpulan InTeam. Tapi aku still follow gak perkembangan nasyid negara kita ni. Seingat aku lah, kumpulan Raihan memperkenalkan irama baru dalam nasyid. Sebenarnya Nazrey raihan tu dah ade group lain sebelum raihan..nama group di The Zikr..Ha, tu fav group Hubby aku. Kalau aku dengar The Zikr, alunan paluan kompang dia masih original. Takde tambah-tambah instrumen lain.

Hurmm..Aku sebenarnya nak cerita pasal Saujana nih. Aku dapat tau perubahan ketara yang terjadi pada ex ahli saujana yang nama [idzwan @ izu] nih. Aku dapat message dari adik aku [angah]. dia suruh aku tengok audition oiam kt dalam tv. tapi aku malas nak layan sangat. aku bukannya minat rancangan realiti2 ni. aku suka y fantasi2 je. ahaks.

Pas2 semalam, member aku nama [lina terengganu] suruh aku bukak youtube untuk tengok kejadian itu sekali lagi. aku tak sangka lak si izu tu berubah sampai tahap gitu. Aduyaiii.. sadisnya..tu fav kumpulan aku. mana aku nak letak muka nih. ahaks. Aku nak korek cerita dari makcik aku nama [cik wa] - isteri kepada pakcik aku, tapi masih belom berkesempatan nak jumpa dia. Dia mesti tau sikit2 cerita sebab si ahli saujana nama [azalinor @ aza] tu adik dia.

Yang aku nak ceritakan sekarang ni, "Sedangkan pantai boleh berubah, inikan pula manusia yang lemah." No wonder la. Hurmm...tapi aku harap ni bukan alasan untuk kita menilai semua anggota penasyid serupa cam gitu. Tak semua tak baik dan tak semua sempurna. Kita pilihlah hiburan yang membolehkan kita semakin ingat padaNya. Hiburan yang mendidik jiwa. Bukan hiburan sekadar hiburan...dun giv me zero.

Pada korang aku nak kongsi radio nasyid secara online [ http://nasyidfm.net/ ]


Dr. Izu ni mungkin Dr. sakit puan kot

Tuesday, March 10, 2009

BAULU bauku

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, baulu ialah sejenis kuih yang dibuat daripada tepung, telur dan gula. Rasa macam nak makan baulu je sekarang ni.

Thursday, March 5, 2009


Ni 4th collection t-shirt muslimah aku tetapi ini adalah yang pertama yang aku terima dari seorang insan bergelar suami. kira istimewa gak la. tu yang aku abadikan kat dalam blog ni. aku suka t-shirt ni adalah kerana designnyer baru sebab kakak yang jual tu kata baju ni made by indonesia pastu ada renda-renda. agaknya kat malaysia akulah orang yang pertama pakai sebab aku tak penah nampak lagi orang pakai. iyer ke? tak kot. neway, tq very much my dear.


ARTIS PUSAT KARAOKE

Laporan dari Akhbar Harian Kota. Seorang artis popular tidak dapat peluang buat persembahan disebabkan oleh kegawatan ekonomi. Beliau telah kelihatan berada di pusat karaoke ala-ala kotak di suatu pusat beli-belah dirahsiakan. Adakah hidup yang terlalu tertekan, menyebabkan beliau hanya mampu menyanyi di pusat karaoke? Ada sumber yang menyatakan bahawa artis ini telah bertukar bidang dari dunia seni nyanyian kepada seni mempertahankan diri. Seni gak tu.

artis ini sedang melarikan diri dari jurukamera

memberikan pose yang menarik untuk majalah MASTIKA
Misteri Tangisan Malam

Kelihatan menuju ke Pusat Video Game

dan akhirnya beliau memegang microphone dan menyanyikan lagu seloka cak kun cak, sm salim

dan akhirnya rakan duet beliau, siti kus datang memberikan sokongan moral

WAKHAHAHAHAHA

| SEJARAH HIDUP AKU NI |

Tuesday, March 3, 2009

ENJOY YOURSELF BUDDY!


Pernah tak korang dengar tentang Inventori Personaliti Warna. Aha! Cuba buat soal selidik kat sini. Kita akan lebih memahami siapa diri kita dan diri orang lain.

http://www.jknsabah.gov.my/kuanseling/personaliti/soalan.html

Jangan marah kalau rakan kita suka mengikut peraturan macam aku. Kerana aku bewarna EMAS.

EMAS
Ciri-ciri umum
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian.

Kata Kunci utama “Peraturan dan saya bertanggungjawab”

Ciri-ciri Diri Saya
Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
Bertanggungjawab, taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
Tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
Saya seorang yang peneliti dan bersifat wajar
Saya menghormati masa
Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna
Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumahtangga
Bersifat keibubapaan


Ciri-ciri Saya Di Tempat Kerja
Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja
Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.
Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
Kerja mengikut peraturan, kerjasama dan mengikut kebiasaan.

Walaupun sesetengahnya ada yang tak benar, aku just nak tekankan bahawa aku akan enjoy bila ikut peraturan. Hidup pasti lebih tenang dan takan mengganggu orang lain. Ikutlah peraturan. Tak kira kat rumah, tempat kerja ataupun atas jalan.

Yang paling penting peraturan yang tuhan tetapkan itu adalah kewajipan. Bukan macam peraturan jalan raya ek. WAJIB tetap WAJIB. SUNAT TETAP SUNAT. DAN LAIN-LAIN. Huhuhu..

RENUNG-RENUNG, JELING-JELING


Ini ada satu kisah menarik untuk dikongsi fat cai dengan semua member2. Betul. Kadang-kadang kita akan lupa untuk bersyukur apatah lagi untuk memohon pertolongan daripada Allah. Dah tentunya kita sebagai manusia ada sifat riak dan takbur. Tapi, kita kena tau bahawa setiap ujian yang Allah beri pada kita adalah merupakan satu cara bagaimana Allah tu nak mengurangan dosa kita. Itupun kalau kita terima dengan redha. Tapi kalau sebaliknya respond kita, Allah tetap akan tahu hambanya itu tidaklah sehebat mana walaupun suaranya lantang, hidupnya kaya raya, badannya sasa, IQnya tinggi, dan pandai mengaji.


A MAN WENT TO A BARBER SHOP TO HAVE HIS HAIR
CUT AND HIS BEARD TRIMMED.
AS THE BARBER BEGAN TO WORK, THEY
BEGAN TO HAVE A GOOD
CONVERSATION.
THEY TALKED ABOUT SO MANY THINGS AND
VARIOUS SUBJECTS.
WHEN THEY EVENTUALLY TOUCHED ON THE
SUBJECT OF ALLAH.

THE BARBER SAID: "I DON'T BELIEVE THAT
ALLAH EXISTS."

"WHY DO YOU SAY THAT?" ASKED THE
CUSTOMER.

"WELL, YOU JUST HAVE TO GO OUT IN THE
STREET TO REALIZE THAT
ALLAH DOESN'T EXIST. TELL ME, IF ALLAH
EXISTS, WOULD THERE BE SO
MANY SICK PEOPLE? WOULD THERE BE
ABANDONED CHILDREN? IF ALLAH
EXISTED, THERE WOULD BE NEITHER
SUFFERING NOR PAIN. I CAN'T IMAGINE
A LOVING ALLAH WHO WOULD ALLOW ALL OF
THESE THINGS."

THE CUSTOMER THOUGHT FOR A MOMENT,
BUT DIDN'T RESPOND BECAUSE
HE DIDN'T WANT TO START AN ARGUMENT.
THE
BARBER FINISHED HIS JOB
AND THE CUSTOMER LEFT THE SHOP. JUST
AFTER HE LEFT THE BARBERSHOP,
HE SAW A MAN IN THE STREET WITH LONG,
STRINGY, DIRTY HAIR AND AN
UNTRIMMED BEARD.

HE LOOKED DIRTY AND UNKEMPT. THE
CUSTOMER TURNED BACK AND
ENTERED THE BARBER SHOP AGAIN AND HE
SAID TO THE BARBER:

"YOU KNOW WHAT? BARBERS DO NOT
EXIST." "HOW CAN YOU SAY THAT?"
ASKED
THE SURPRISED BARBER. "I AM HERE, AND I
AM A BARBER. AND I JUST
WORKED ON YOU!"

"NO!" THE CUSTOMER EXCLAIMED. "BARBERS
DON'T EXIST BECAUSE IF
THEY DID, THERE WOULD BE NO PEOPLE
WITH DIRTY LONG HAIR AND
UNTRIMMED BEARDS, LIKE THAT MAN
OUTSIDE." "AH, BUT BARBERS DO
EXIST!
THAT'S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE DO
NOT COME TO ME."

"EXACTLY!"

AFFIRMED THE CUSTOMER. "THAT'S THE
POINT! ALLAH, TOO, DOES
EXIST! THAT'S WHAT HAPPENS WHEN PEOPLE
DO NOT GO TO HIM AND DON'T
LOOK TO HIM
FOR HELP. THAT'S WHY THERE'S SO MUCH
PAIN AND SUFFERING IN
THE WORLD."

Monday, March 2, 2009

Nasi Goreng Lada Hitam

Bahan-bahan
Nasi yang dah dimasak. Bukan beras atau padi huma.
Sebiji telur ayam.
Lada hitam ditumbuk atau siap serbuk.
Cili padi hijau. Kaler lain tak mau.
Bawang putih dan bawang merah.
Santan kelapa

Cara membuat
1. Nasi tadi digaul rata dengan garam.
2. Bawang dan lada hitam serta cili padi ditumbuk lumat.
3. Tumis bahan tadi dalam kuali. Tumis guna marjerin untuk aroma lemak gitu.
4. Pecahkan telur dan goreng dalam kuali yang sama. Sebelum tu bagi space untuk bahan tumis tadi kat tepi.
5. Masuk nasi dan gaul kesemuanya.
6. Masuk santan secukup lemak.
7. Masuk sayur dan ikan bilis goreng kalau ada. Kalau ada ayam, buh time tumis bawang tadi.

Breakfast 4 dis moning.

ISTERI KEDUANYA

Waawaaawwwaaa..Aku kena marah sebab mengasari isteri keduanya. Dia menyayanginya amat. Tapi tak rajin langsung nak mandikannya atau membersihkannya. Balik-balik aku yang kena gak wat kerja amal. Walaupun nampak tua dan comot, madu aku ni sangat bertenaga dan berkuasa. Menggunakan enjin levin, madu aku ni power sangat untuk dibawa berjuang di medan race. Ahaks. Kalau aku bersama madu aku, Hubby aku tak berapa berani nak putar tayar cam penah sekali dia buat sampai aku terharu hingga menitiskan air mata.

Kadang-kadang aku memang tak sengaja mengasari madu aku ni. Yang palin
g latest ni aku terhempaskan pintunya dengan kuat hingga mengejutkan rukun tetangga. Ala. Aku bukannya sengaja. Aku bukanlah gadis sopan santun. Mak aku sendiri pun penah kata, "nasib baik ada orang nak buat kamu jadi bini." Maknanya mak aku tak sangka ada lelaki yang nak perempuan ganaz cam aku.

Tapi sebenarnya madu aku ni sangatlah berjasa pada hubungan kami berdua. Madu aku ni jugak yang mengeratkan hubungan kami time dok jauh. Erti kata lain, madu aku ni jugaklah menghubungkan cinta kami hingga satu masa kami diijab kabulkan. Terima kasih banyak wahai CAD 3298. Tanpamu siapalah aku dan mereka. Aku akan try control kekasaran aku.

"Tak baik hempas pintu. Nanti rosak, sapa yang susah nak pi baiki? A
bang jugak." Hubby aku meluahkan perasaannya.

Aku menjawab dengan mengorek hidung, "Izza tak sengaja la. Izza dah try tutup, bukak 8 kali ni, masih belum bertemu momentum yang seswai".


| CAD | majlis merisik |

| CAD | pandangan sisi |

PIC..PIC..


Pagi Indah


Sayang
Syukur kita masih bernyawa
Masih mampu menghirup nyamannya udara
Pagi itu pagi indah untuk kita berdua

Sayang
Ungkapan cinta itu
Nilainya bukan seangka dua
Tetapi harta hati bukan mainan
Harta jiwa menghidup suasana

Sayang
Pagi itu, erat sungguh dakapanmu
Seperti tiada esok untuk kita
Syukurlah hari ini engkau dan aku masih terjaga

Lenaku di atas lenganmu
Mataku pejam dengan senyuman
Paginya jaga dengan harapan

Janjiku hanya padamu
Akan aku kotakan hingga hayat terdaya
Wahai putera hati
Terima kasih di atas segalanya


| mangsa dera | tidur dalam beg |