Tuesday, March 3, 2009

ENJOY YOURSELF BUDDY!


Pernah tak korang dengar tentang Inventori Personaliti Warna. Aha! Cuba buat soal selidik kat sini. Kita akan lebih memahami siapa diri kita dan diri orang lain.

http://www.jknsabah.gov.my/kuanseling/personaliti/soalan.html

Jangan marah kalau rakan kita suka mengikut peraturan macam aku. Kerana aku bewarna EMAS.

EMAS
Ciri-ciri umum
Bersikap keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran, boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan serta menaruh perhatian.

Kata Kunci utama “Peraturan dan saya bertanggungjawab”

Ciri-ciri Diri Saya
Saya perlu mengikut peraturan dan menghormati pihak berkuasa
Bertanggungjawab, taat, boleh diharap dan sentiasa bersedia
Tahu apa yang baik dan buruk dalam kehidupan
Saya seorang yang peneliti dan bersifat wajar
Saya menghormati masa
Mahu dianggap sebagai seorang yang berguna
Saya menghargai hidup berkeluarga, tradisi dan rumahtangga
Bersifat keibubapaan


Ciri-ciri Saya Di Tempat Kerja
Saya menjaga kestabilan dan menyusun atur atau mengorganisasikan tempat kerja
Berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang perlu perincian.
Sanggup bekerja keras membuatkan saya selalu dianggap sebagai tulang belakang organisasi.
Saya percaya bahawa kita mesti bekerja dahulu barulah bermain, walaupun terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan kerja itu.
Kerja mengikut peraturan, kerjasama dan mengikut kebiasaan.

Walaupun sesetengahnya ada yang tak benar, aku just nak tekankan bahawa aku akan enjoy bila ikut peraturan. Hidup pasti lebih tenang dan takan mengganggu orang lain. Ikutlah peraturan. Tak kira kat rumah, tempat kerja ataupun atas jalan.

Yang paling penting peraturan yang tuhan tetapkan itu adalah kewajipan. Bukan macam peraturan jalan raya ek. WAJIB tetap WAJIB. SUNAT TETAP SUNAT. DAN LAIN-LAIN. Huhuhu..

0 Komen:

Post a Comment