Thursday, May 7, 2009

Duhai Baby...

Aku tak dapat gambarkan betapa gembiranya suami aku apabila dia tahu yang aku dah pregnant.
Aku pon tak penah tengok dia asyik senyum sampai telinga.
Dia betol-betol happy agaknya.

Aku pulak? Happy? Yups. Mestilah aku happy. Tapi dalam masa yang sama aku agak risau dan takut tentang tanggungjawab yang bakal aku hadapi kelak.

Aku tengok orang lain pregnant, nampak macam senang jer. Tapi ada gak kisah duka yang aku dengar. Tu yang membuatkan aku bimbang. Tambah-tambah lagi, ni anak sulung. Orang kata 1st time ni perlu jagaan rapi. Adakah aku pentingkan diri sendiri sebab aku tak reti nak amik tau.

Yang aku tau makan vitamin yang doktor bagi. Mak aku pulak asyik push aku supaya kalo aku nak makan apa-apa ajer musti ingat pada baby. Jangan fikir diri sendiri. Makan kena khasiat.

Aku bersyukur gak la sebab walaupun dah dekat 8 minggu aku preggy ni, aku xde alah yang melapaui batas nilai-nilai kemanusian. Muntah? Ada sekali jer tu. tu pun sebab makan laju sangat. Huhu. Kalau takat loya tu, aku lebih suka tak layan sangat dan cpt-cpt buh bam rimau kat hidung. Itu yang jd teman baik aku semenjak aku preggy ni. Siang malam, bam rimau tu la y akan jd penyelamat aku. Sampai kadang-kadang aku penah lumur kat seluruh muka aku disebabkan aku tak tahan bau rumah aku sendiri.

Tu pun satu alah yang pelik sungguh. Bau rumah sendiri pon tak boleh. Kalau dah keluar, xmau nak masuk. Aku rasa macam ada suatu bau yang agak menjengkelkan. Last2 aku beli perfume yang otomatik tu. Kat kedai, aku cium wangi, tp sampai rmh, lain plk baunya. Ish...Tak bersyukur ke aku ni? huhu

Aku harap masa-masa akan datang, xde masalah y akan timbul. Kalau boleh impian aku nak jd mummy pada seorang anak y soleh. Tp aku soleh x? Huhu.. Mummy kena jd soleh dulu la ek. Apa-apa pun, aku berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t.

Yang penting jangan derhaka ngan suami sebab semuanya adalah kerana keredhaannya. dan... InsyaAllah, aku redha menjadi isterinya...

0 Komen:

Post a Comment