Tuesday, October 5, 2010

Mengharukan

Lama bebeno rasanya tak menconteng kat dinding blog y x cun ni. sudah ketandusan masa kononye. sedangkan duduk berteleku atas kerusi menghadap sebuah objek petak ni sepanjang masa dari jam 8 pg hingga 5 petang. tapi masa itu katanya tetap tandus. kering.
udah pueh memotivasikan diri utk menaip. tapi tetap terpacaknyer penyakit malas. cerita hidup jadi sia-sia jika penyakit malas itu ada. bagaimana mahu lenyapnya? sekarang aku kuburkan dia di pusara sementara. ku tanam bersama doa2 semoga penyakit itu diam selamanya. sungguh terganggu aku kerana penyakit itu mengganggu. aduhh..

kembali aku bercerita tentang tajuk di atas.
Mengharukan.
Punca bicara pada sang ketua keluarga. perasaan yang muncul bernama 'terharu'.
aku terharu kerana terhasilnya sebuah laman coret bingkisan hati si ketua keluarga bercerita tentang si hero permata. kisah mereka sangat manis utk dipotretkan buat tatapan umum. tapi buat aku, kisah mereka berdua adalah kisah aku.
cerita ketua keluarga sangat luar biasa hebatnya. hingga air di alir di mata turut turun jatuh ke muka pipi akibat dek hati si ketua keluarga sedang berbicara. ku sangka bilau berupa teguh umpama besi, tapi hati dihuni taman yang indah mekar. sudah kukenal dia lama begitu. hiasan hidupanya penuh dengan rama-rama dan sutera-sutera yang berterbangan.

aku terharu membaca coretan mu. ku kimpal sekali dengan sekalung doa semoga dikau berjaya mendidik si hero permata kita. aku percaya kau adalah tiang paling teguh utk aku dan si hero permata kita bersandar.

0 Komen:

Post a Comment