Monday, March 2, 2009

ISTERI KEDUANYA

Waawaaawwwaaa..Aku kena marah sebab mengasari isteri keduanya. Dia menyayanginya amat. Tapi tak rajin langsung nak mandikannya atau membersihkannya. Balik-balik aku yang kena gak wat kerja amal. Walaupun nampak tua dan comot, madu aku ni sangat bertenaga dan berkuasa. Menggunakan enjin levin, madu aku ni power sangat untuk dibawa berjuang di medan race. Ahaks. Kalau aku bersama madu aku, Hubby aku tak berapa berani nak putar tayar cam penah sekali dia buat sampai aku terharu hingga menitiskan air mata.

Kadang-kadang aku memang tak sengaja mengasari madu aku ni. Yang palin
g latest ni aku terhempaskan pintunya dengan kuat hingga mengejutkan rukun tetangga. Ala. Aku bukannya sengaja. Aku bukanlah gadis sopan santun. Mak aku sendiri pun penah kata, "nasib baik ada orang nak buat kamu jadi bini." Maknanya mak aku tak sangka ada lelaki yang nak perempuan ganaz cam aku.

Tapi sebenarnya madu aku ni sangatlah berjasa pada hubungan kami berdua. Madu aku ni jugak yang mengeratkan hubungan kami time dok jauh. Erti kata lain, madu aku ni jugaklah menghubungkan cinta kami hingga satu masa kami diijab kabulkan. Terima kasih banyak wahai CAD 3298. Tanpamu siapalah aku dan mereka. Aku akan try control kekasaran aku.

"Tak baik hempas pintu. Nanti rosak, sapa yang susah nak pi baiki? A
bang jugak." Hubby aku meluahkan perasaannya.

Aku menjawab dengan mengorek hidung, "Izza tak sengaja la. Izza dah try tutup, bukak 8 kali ni, masih belum bertemu momentum yang seswai".


| CAD | majlis merisik |

| CAD | pandangan sisi |

PIC..PIC..


Pagi Indah


Sayang
Syukur kita masih bernyawa
Masih mampu menghirup nyamannya udara
Pagi itu pagi indah untuk kita berdua

Sayang
Ungkapan cinta itu
Nilainya bukan seangka dua
Tetapi harta hati bukan mainan
Harta jiwa menghidup suasana

Sayang
Pagi itu, erat sungguh dakapanmu
Seperti tiada esok untuk kita
Syukurlah hari ini engkau dan aku masih terjaga

Lenaku di atas lenganmu
Mataku pejam dengan senyuman
Paginya jaga dengan harapan

Janjiku hanya padamu
Akan aku kotakan hingga hayat terdaya
Wahai putera hati
Terima kasih di atas segalanya


| mangsa dera | tidur dalam beg |



Friday, February 27, 2009

B'COZ IM DEAF

Sorry guys
I cant hear you
I'm deaf

Forget bout the big but
Forget bout the shape of hand
Forget bout the shit of mumbling

Stop it
Dis way is so hard
I need to change
To the new irratating world


ROTI TELUR GARLIC

Bahan-bahan :-

Roti
Telur
Garlic atau Bawang Putih
Cili Padi
Garam

Cara Membuat :-

1. Garlic & Cili Padi ditumbuk hingga lumat.
2. Pecahkan telur
3. Campurkan garlic, cili padi dan secubit garam ke dalam telur tadi.
4. Pukul telur tadi.
5. Amik roti, celup dalam telur.
6. Lepas celup, masuk dalam kuali. Kuali yang ada api dan marjerin skit.
7. Goreng sampai masak telur.
8. Makanlah.

Sekian. My breakfast for today

Thursday, February 26, 2009

SIAPAKAH ORANG KAMPUNG ULU CERUK?

Bagaimana kita boleh mengenali Orang Kampung yang terlalu kampung? Ciri-cirinya adalah seperti berikut :-

1. Beliau berasal dari kampung. Atau kalau beliau duduk di bandar sekalipun, bau badan beliau tetap bau kekampungan.

2. Suka memikirkan tentang harta pusaka dan pembahagian tanah. Nonsence btol. Nak harta, keja la woi!

3. Suka letak baju merata-rata. Minum milo tak reti cuci cawan. Kampung giler perangai.

4. Bau mulut macam bau longkang atau erti kata lain suka mengumpat dan buat cerita.

5. Suka kepoh tak tentu pasal.

6. Suka menyibuk hal orang lain.

7. Suka bercerita benda-benda ala kekampungan. Contohnya, "Rantai emas aku ni emas 916."

8. Pakai cantik-cantik ataupun jangok2 bila keluar town. Kalahkan beruk makyeh. Pakai eyeshadow p pasar borong. Ahaks.

9. Merempit tak tentu pasal. Konon nak berhijrah datang dari kampung, carik keja. Tapi habuk lagi ada value drpd depa ni dol.

10. Suka buat havoc tiba-tiba. Menjerit-jerit di perhentian bas.

11. Buat-buat pandai. Tapi sebenarnya haprak. Cakap nak besor aja.

12. Suka nyanyi lagu omputih tapi sebenornya tak paham maksud.

Cukuplah setakat ini. Sekian, terima kasih. Kalau ada lagi, later sambung.